22 Sept 2013

KITA SAMA

Alhamdullilah akhirnya  dapat juga saya menyiapkan sebuah blog yang tidak seberapa ini. Blog ini menjadi ruang untuk saya meluahkan pendapat dan pandangan peribadi.
Apa yang saya ingin kongsikan hari ini. Jika semua manusia itu sama. apa yang akan terjadi agaknya.
sumber dari www.autism-community.com

PERTAMA
Jika Semua Manusia Itu Sama. Di hospital atau klinik mungkin semua akan menghadapi penyakit sama. Senang doktor hendak memberikan ubat. 

KEDUA
Jika Semua Manusia Itu Sama.  Tiada lagi masalah jenayah. ini kerana semua manusia baik-baik belaka Polis pun boleh rehat sikit.

KETIGA
Jika Semua Manusia Itu Sama. Di jalan raya, tiada lagi masalah lalu lintas, ini kerana semua orang patuh kepada undang-undang jalan raya.


KEEMPAT
Jika Semua Manusia Itu Sama. Di sekolah semua pelajar akan mendapat markah sama dan semua pelajar akan mendapat kedudukan pertama dalam kelas, semua pelajar akan menduduki kelas pertama.

KELIMA
Jika Semua Manusia Itu Sama. Di pusat membeli-belah semua baju, kasut dan semua jenis pakaian akan hanya ada satu saiz sahaja. 

hehehe itu sahaja sempat saya kongsikan pendapat saya hari ini. terima kasih kepada yang sudi membaca. nanti saya akan sambung lagi.


Baca Lagi »

19 Sept 2013

kita salah

Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel saya. Jika anda membaca tajuk kali ini pasti ada rasa terkejut atau pun pelik. Tajuk itu sahaja saya pilih supaya nampak menarik sedikit. Apa yang saya ingin bercerita kali ini adalah tentang makanan Rakyat Malaysia jika pelancong asing mendengarnya pasti mereka terkejut dan hairan. Orang malaysia makan ubi kayu, pucuk paku, kuih lompqt tikam

Baca Lagi »

18 Sept 2013

semua sama

Alhamdullilah akhirnya  dapat juga saya menyiapkan sebuah blog yang tidak seberapa ini. Blog ini menjadi ruang untuk saya meluahkan pendapat dan pandangan peribadi.
Apa yang saya ingin kongsikan hari ini. Jika semua manusia itu sama. apa yang akan terjadi agaknya.
sumber dari www.autism-community.com

PERTAMA
Jika Semua Manusia Itu Sama. Di hospital atau klinik mungkin semua akan menghadapi penyakit sama. Senang doktor hendak memberikan ubat. 

KEDUA
Jika Semua Manusia Itu Sama.  Tiada lagi masalah jenayah. ini kerana semua manusia baik-baik belaka Polis pun boleh rehat sikit.

KETIGA
Jika Semua Manusia Itu Sama. Di jalan raya, tiada lagi masalah lalu lintas, ini kerana semua orang patuh kepada undang-undang jalan raya.


KEEMPAT
Jika Semua Manusia Itu Sama. Di sekolah semua pelajar akan mendapat markah sama dan semua pelajar akan mendapat kedudukan pertama dalam kelas, semua pelajar akan menduduki kelas pertama.

KELIMA
Jika Semua Manusia Itu Sama. Di pusat membeli-belah semua baju, kasut dan semua jenis pakaian akan hanya ada satu saiz sahaja. 

hehehe itu sahaja sempat saya kongsikan pendapat saya hari ini. terima kasih kepada yang sudi membaca. nanti saya akan sambung lagi.


Baca Lagi »

Orang Malaysia Kuat Makan Dan Ganas

Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel saya. Jika anda membaca tajuk kali ini pasti ada rasa terkejut atau pun pelik. Tajuk itu sahaja saya pilih supaya nampak menarik sedikit. Apa yang saya ingin bercerita kali ini adalah tentang makanan Rakyat Malaysia jika pelancong asing mendengarnya pasti mereka terkejut dan hairan. Orang malaysia makan ubi kayu, pucuk paku, kuih lompqt tikam
                                                                  Jambu Batu

Baca Lagi »

17 Sept 2013

ok

Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel saya. Jika anda membaca tajuk kali ini pasti ada rasa terkejut atau pun pelik. Tajuk itu sahaja saya pilih supaya nampak menarik sedikit. Apa yang saya ingin bercerita kali ini adalah tentang makanan Rakyat Malaysia jika pelancong asing mendengarnya pasti mereka terkejut dan hairan. Orang malaysia makan ubi kayu, pucuk paku, kuih lompqt tikam

Baca Lagi »

khasiat rambutan

Oleh : Mat Deris

10 Khasiat Buah Rambutan | Rambutan (nama botani: Nephelium Lappaceum L.) adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika.

Rambutan terdapat 3 jenis iaitu rambutan kawin, rambutan gula batu dan rambutan budak sekolah(?).

Putik Rambutan

Pokok rambutan boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Biji benih rambutan adalah jenis rekalsitran. Biji benih rambutan boleh disemai di dalam kotak semaian dan hendaklah dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 20 x 25 cm apabila mencapai ketinggian lebih kurang 30 cm. Biji benih juga boleh disemai terus ke dalam polibeg. Rambutan juga biasanya dibiak dengan cara cantuman. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil dan telah mengeluarkan daun baru.

Hampir semua bahagian dari tanaman rambutan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Mulai dari kulit buah yang boleh digunakan mengatasi radang usus dan demam, kulit kayunya boleh mengatasi ruam dalam mulut, daun rambutan untuk mengatasi cirit birit dan menghitamkan rambut, akar pohon rambutan untuk mengatasi demam dan biji rambutan boleh digunakan untuk mengatasi penyakit kencing manis (diabetes melitus).

Rambutan+Merah

10 Khasiat Buah Rambutan


1. Untuk mengubati demam 
Untuk mengubati demam, cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan sebanyak 15g. Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 minit. Setelah sejuk, tapis airnya dan minum tiga kali sehari.

2. Untuk mengubati radang usus
Untuk mengubati radang usus, cuci kulit buah rambutan anggaran 10 biji, potong-potong ikut kesukaan. Tambahkan tiga gelas air bersih, kemudian rebus sampai airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis dan minum anggaran dua kali sehari.

3. Biji rambutan untuk mengubati kencing manis
Untuk mengubati kencing manis, sangai (goreng tanpa minyak) 5 biji rambutan, lalu giling sampai menjadi serbuk. Campurkan dengan satu cawan air panas. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus. Lakukan 1–2 kali sehari.

4. Daun rambutan untuk menghitamkan rambut
Untuk menghitamkan rambut beruban, cuci daun rambutan secukupnya lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air sambil dicampur rata sampai menjadi adunan seperti bubur. Perah dan tapis dengan kain bersih. Gunakan air yang terkumpul untuk membasuh rambut. Lakukan setiap hari sampai berhasil.

5. Kulit kayu rambutan untuk mengubati ruam dalam mulut (mata ikan)
Untuk mengubatinya cuci kulit kayu rambutan lebih kurang tiga ruas jari, lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tinggal satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi airnya masih suam.

6. Sebagai sumber Diet
Setiap 100 gram rambutan mengandung 84 kalori. Jika kita mengikuti program diet 2.000 kalori, rambutan telah menyumbangkan 4.2 peratus kalori harian yang kita perlukan. Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza-beza mengikut berat badan, gaya hidup, jenis jantina dan usia.

7. Mengandungi keperluan nutrien harian kita 
Rambutan dikenali sebagai buah yang sangat rendah lemak. Sebagian besar kalori yang dimiliki oleh rambutan berasal dari karbohidrat. Institute of Medicine mencadangkan 130 gram rambutan untuk kegunaan harian kita.

8. Sumber Vitamin
Setiap 100 gram buah rambutan mengandung sekitar 40 persen dari keperluan harian vitamin C yang diperlukan oleh tubuh kita. Selain itu, isi rambutan juga mengandungi sekitar 1 peratus niacin atau juga dikenali sebagai vitamin B3.

9. Mengandungi Mineral
Rambutan sangat kaya dengan zat besi, yang diperlukan untuk mengawal kadar oksigen dalam tubuh. Zat besi membantu mencegah kelelahan dan pening kepala yang disebabkan oleh anemia. Selain itu, isi buah rambutan juga memenuhi 4.3 peratus keperluan fosfor harian pada tubuh. Fosfor membantu kesihatan buah pinggang, serta diperlukan untuk pertumbuhan, pemeliharaan, dan perbaikan semua jaringan dan sel.

10. Ubat herba
Selain manfaat gizi, rambutan juga memiliki kegunaan herba, seperti membunuh parasit usus dan mengurangkan gejala cirit birit. Bahkan, sebahagian orang juga menggunakannya sebagai ubat demam.

KhasiatRambutan


Awas!! Kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buahnya itu tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan batuk. Disebabkan itulah, menjadi tugas pembeli untuk memilih kualiti buah rambutan terbaik iaitu isinya lekang dan tidak terlekat pada kulit kayu biji rambutan. Antara rambutan popular ketika ini adalah jenis anak sekolah kerana buah itu mudah dikopek bahagian isi dengan bijinya. ~ aynora.nur

Baca Lagi »

13 Khasiat Buah Betik



As-salam,

Buah betik adalah makanan harian bagi saya sewaktu kecil dahulu. Ini adalah kerana di rumah keluarga kami dahulu ada terdapat pokok betik yang kurus tetapi buahnya lebat dan berbuah sepanjang tahun. Hinggakan kini apabila teringat atau ternampak buah betik yang dijual di pasar, saya jadi tidak hairan. Kerana apa? Kerana sudah puas makan ketika kecil dahulu. 

PokokBetik
Pokok Betik

Buah betik memang banyak zatnya serta berkhasiat. Antara khasiat yang paling 'popular' adalah untuk mengubati rabun mata. Entah benar ataupun tidak saya kurang pasti. Tetapi jika dirujuk pada bahan bacaan yang berkaitan, memang ada benarnya. 

BuahBetikMasak 

Selain zat vitamin, mengandungi serat dan zat protein, betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain. Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan 'chewing gum'. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

Pelbagai Kandungan Buah Betik

Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
  • 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
  • 92.1g air,
  • 1.0g protein,
  • 0.1g lemak,
  • 13.5g karbohidrat,
  • 0.5g serat,
  • 0.5g abu,
  • 31.0mg kalsium
  • 0.8mg magnesium
  • 17.0mg posporus
  • 1.0mg zat besi
  • 2.0mg sodium
  • 337.0mg potasium
  • vitamin B sebanyak 0.08mg,
  • vitamin B2 (0.12mg)
  • niasin (0.1mg
  • vitamin C (69.3mg)
  • karotin (2431ug)
13 Khasiat Buah Betik
  1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  2. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  3. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  5. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
  6. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
  7. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda. 
  8. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.
  9. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
  10. Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
  11. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
  12. Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas. 
  13. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
Ternyata daripada senarai di atas, betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

KhasiatBetik khasiatbuahbetik


Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.

Namun begitu, sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada orang yang pakar dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan penyakit dan kesihatan anda.

Hidup untuk sihat...happy reading!

Baca Lagi »